Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Kes pijak al-Quran: Kerajaan ambil pendekatan serius - Menteri Agama

Zulkifli (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Manchung. - Foto Amirul Aiman Hamsuddin

 Zulkifli (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Manchung. - Foto Amirul Aiman Hamsuddin

HULU SELANGOR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyokong penuh tindakan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes menghina agama Islam dengan memijak al-Quran.

Zulkifli berkata, kerajaan sememangnya mengambil pendekatan serius dalam isu provokasi agama yang tular ketika ini.

"Perkara ini disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan titah tegas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Kita doakan ia dapat diselesaikan dengan baik bagi memberi fokus kepada Ramadan," katanya ditemui selepas merasmikan program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, di sini semalam.Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohamad Anis Othman.

 

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman bagi membantu siasatan berhubung kes memijak al-Quran.

 

Semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Peguam Negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung hingga 3 Mac ini selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

Diterbitkan pada Mac 9, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung