Arkib Suara Anda
Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor
Senarai Cadangan/Aduan/Pertanyaan yang dipaparkan ini adalah Cadangan/Aduan/Pertanyaan orang Awam yang telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah bagi meningkatkan mutu Perkhidmatan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor.
Arkib Cadangan & Aduan Awam
| BIL | PENGADU | ADUAN/PERTANYAAN/CADANGAN | MAKLUMBALAS/TINDAKAN |
|---|---|---|---|
1 | MOHD KHIR BIN MANSOR 15/2/2015 | Penerokaan Meragukan Penerokaan tanah dan penambakan tanah secara haram. Lori keluar masuk bawa tanah hingga merosakkan jalan dan membahayakan pengguna lalulintas. Mohon siasatan dan tindakan pihak berkuasa. Isu Tanah Infrastruktur | Tindakan Diambil Lawatan tapak - Unit Penguatkuasa PDHS akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti status Tanah (kawasan aduan) tersebut samada Tanah Hakmilik atau Tanah Kerajaan. [Pertukaran status pelaksanaan ke TINDAKAN telah direkodkan] SELESAI |
2 | WONG KEM SENG 17/06/2016 | Kualiti Perkhidmatan 2 Tahun Tidak Menerima Cukai Tanah Pengadu tidak menerima bil cukai tanah selama 2 tahun berturut-turut. Perkhidmatan | Penjelasan & Penyelesaian Syarikat tersebut bertanggungjawab untuk mencetak dan menghantar semua bil cukai Tanah melalui POS Malaysia. Walaubagaimanapun, memandangkan cukai Tanah hanya dikenakan sekali setahun dan tarikh akhir pembayaran sebelum dikenakan denda lewat adalah sebelum atau pada 31 Mei setiap tahun. Cadangan Penyelesaian: Pengadu juga boleh memaklumkan kepada PDHS sekiranya masih belum menerima bil cukai Tanah tersebut. PDHS juga telah membuat semakan dan mencetak semula bil cukai Tanah dan diserahkan kepada pengadu. SELESAI |
3 | MOHAMAD RAHMAD BIN IBRAHIM 22/01/2016 | INFRASTRUKTUR: KELEWATAN / TIADA TINDAKAN Assalamualaikum, dan salam satu Selangor saya spt mana nama tersebut ingin melaporkan sedikit permasalahan penduduk mengenai jalan yang pecah, berlubang dan longkang yang pecah. Masalah ini pernah saya ajukan kpd Ketua Jkkk namun tiada sebarang tindakan kerana Ketua Jkkk yang ada pun seperti tidak berfungsi. Saya mohon tindakan. Infrastruktur Perkhidmatan | Tindakan Jangka Pendek & Panjang Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Punca Utama: Aduan seperti diatas telah diangkat untuk kelulusan pihak Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) di bawah peruntukan Projek Pembangunan Luar Bandar pada 18 Januari 2016. Cadangan Penyelesaian: Aduan sedang dalam proses untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berwajib. SELESAI |
4 | Aiman Shari 29/10/2016 | Pertanyaan Latihan Industri Assalamualaikum. Saya Muhammad Aiman bin Shari, pelajar kolej UNITI sedang mencari syarikat/industri untuk menjalankan latihan industri pada Januari 2017. Peluang Kerja | Jawapan & Cadangan Terima kasih atas kiriman pertanyaan tuan/puan. Mohon kemukakan resume ke Bahagian Khidmat Pengurusan atau menghubungi En.Wan Mohd Ariff bagi pertanyaan lanjut berkaitan latihan Industri - 03-60641026. Kami akan membantu menghubungkan tuan dengan pihak yang berkaitan untuk proses latihan industri. SELESAI |

Sumber : Berita Harian (Keratan Akhbar: 29 Oktober 2024)










