Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

PUSPANITA

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.

Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.

MISI, OBJEKTIF DAN FOKUS PUSPANITA

 

MISI
Menjadi Pemangkin Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Selaras Dengan Wawasan Pembangunan Negeri Selangor

 

OBJEKTIF
Menjadi Wanita Cemerlang Dalam Semua Aspek Kehidupan  Di Dunia Dan Di Akhirat Berusaha Mengembangkan Potensi Wanita Melalui Penguasaan Ilmu Dan Kemahiran Serta Pembentukan Sikap Positif Dan Inovatif Peka, Proaktif Dan Responsive Kepada Perubahan Persekitaran


FOKUS
Meningkatkan Pengetahuan Kemajuan Diri Dan Keluarga, Merapatkan Silaturrahim Dan Kerjasama Di Kalangan Ahli, Menjalankan Aktiviti Amal Yang Berfaedah Kepada Ahli Dan Masyarakat

Perkara 1 : Nama

Perkara 2 : Alamat Berdaftar

Perkara 3 : Tafsiran

Perkara 4 : Pengertian Logo

Perkara 5 : Penaung

Perkara 6 : Penasihat

Perkara 7 : Tujuan Persatuan

Perkara 8 : Keahlian

Perkara 9 : Yuran

Perkara 10 : Pentadbiran

Perkara 11 : Majlis Tertinggi (MT)

Perkara 12 : Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)

Perkara 13 : Peraturan Kewangan Dan Akaun

Perkara 14 : Mesyuarat Agung

Perkara 15 : Penubuhan Cawangan

Perkara 16 :Pembubaran Cawangan

Perkara 17 : Penaung-Penaung Cawangan

Perkara 18 : Penasihat-Penasihat Cawangan

Perkara 19 : Jawatankuasa-Jawatankuasa Cawangan

Perkara 20 : Mesyuarat Agung Cawangan

Perkara 21 : Kewangan dan Akaun Cawangan

Perkara 22 : Peruntukan Umum Mengenai Cawangan

Perkara 23 : Pemeriksa Kira-Kira

Perkara 24 : Harta Alih dan Tak Alih

Perkara 25 : Undi

Perkara 26 : Undang-Undang Kecil

Perkara 27 : Tindakan Tatatertib

Perkara 28 : Gabungan

Perkara 29 : Pindaan Perlembagaan

Perkara 30 : Pembubaran

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA

Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan bersatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah


Korus :
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

 


  •  
  • Print
  • Email this page