PELUPUSAN DAN TEKNIKAL
OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Mengurus dan mentadbir sistem pengurusan tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, Kaedah Tanah Selangor dan lain-lain undang-undang yang berkaitan secara berkesan;
2. Memastikan penyelarasan yang maksimum dan tindakan antara Jabatan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun;
3. Meningkatkan kutipan hasil cukai;
4. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT PELUPUSAN TANAH DAN TEKNIKAL
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah (Tender/Jualan Terus/Individu/Syarikat/Agensi Kerajaan) Di Bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara (KTN);
2. Memproses Permohonan Melanjutkan Tempoh Pajakan Di Bawah Seksyen 197 dan Seksyen 76, KTN;
3. Memproses Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (Individu/Syarikat) Di Bawah Seksyen 65, KTN;
4. Permohonan Membaharui Lesan Pendudukan Sementara (Individu/Syarikat);
5. Memproses Permohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan Di Bawah Seksyen 63, KTN;
6. Memproses Permohonan Permit Ruang Udara Di Bawah Seksyen 75, KTN;
7. Memproses Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 dan Seksyen 70, KTN;
8. Permohonan Membaharui Permit Bahan Batuan;
9. Perizaban dan Pewartaan Di Bawah Seksyen 62, KTN;
10. Menyediakan laporan yang diperlukan oleh semua unit di bahagian tanah berkaitan pengesahan dan ulasan berkaitan dengan tanah;
11. Menjual pelan yang diperlukan.

PEMBANGUNAN TANAH
OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Mengurus dan mentadbir sistem pengurusan tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, Kaedah Tanah Selangor dan lain-lain undang-undang yang berkaitan secara berkesan;
2. Memastikan penyelarasan yang maksimum dan tindakan antara Jabatan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun;
3. Meningkatkan kutipan hasil cukai;
4. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memproses permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah :
Seksyen 204B Kanun Tanah Negara
Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara
2. Memproses permohonan Serah Balik di bawah:
Seksyen 197 Kanun Tanah Negara (Keseluruhan Tanah)
Seksyen 200 Kanun Tanah Negara (Sebahagian Tanah)
3. Memproses permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah di bawah:
Seksyen 124A Kanun Tanah Negara
Seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara
Seksyen 124 (1) ( c) Kanun Tanah Negara
4. Memproses permohonan Permohonan Pecah Sempadan di bawah Seksyen 137 Kanun Tanah Negara;
5. Memproses Permohonan Pecah Bahagian di bawah Seksyen 142 Kanun Tanah Negara;
6. Memproses Permohonan Penyatuan di bawah Seksyen 148 Kanun Tanah Negara;
7.Memproses Permohonan Permit Khas Penggunaan Tanah Pertanian Selain Daripada Tujuan Pertanian;
8.Memproses Permohonan Pengambilan Tanah di bawah Perenggan 3(a)(b)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960;
9.Memproses Permohonan Penukaran Hakmilik Sementara kepada Hakmilik Tetap;
9.Memproses Permohonan Hak Lalulalang Pentadbir Tanah:
- Hak Lalulalang Persendirian di bawah Seksyen 390 Kanun Tanah Negara
- Hak Lalulalang Awam di bawah Seksyen 394 Kanun Tanah Negara.

PENDAFTARAN
OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru;
2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri;
3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan;
4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi;
5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT PENDAFTARAN
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Mendaftar surat cara urusniaga dan bukan urusniaga;
2. Mendaftar hakmilik sementara pemberimilikan dan sambungan akibat tamat tempoh pajakan (Pejabat Tanah);
3. Memproses permohonan hakmilik kekal;
4. Mendaftar hakmilik baru bagi urusan tukar syarat tanah, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyerahan balik tanah dan berimilik;
5. Mendaftar urusan permohonan;
Hakmilik hilang
Hakmilik hancur
6. Proses permohonan harta pusaka kecil;
7. Menyediakan Sijil Carian Rasmi/ Carian Persendirian;
8. Memproses Permohonan Siasatan/ Lelongan Awam;
9. Memproses Permohonan Kebenaran Pindahmilik.

HASIL
OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru;
2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri;
3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan;
4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi;
5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT HASIL
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Mengutip tunggakan cukai tanah dan cukai tanah semasa kepada peringkat maksimum;
2. Menyelesaikan dan meminimumkan tunggakan kes-kes bayaran balik deposit (pengambilan balik tanah & permit bahan batuan) secepat mungkin;
3. Memastikan semua permohonan pertukaran alamat telah dimasukkan ke dalam sistem;
4. Memastikan tiada masalah pelarasan bayaran berlaku untuk tahun berikutnya;
5. Memastikan pemilik yang memohon bayaran cukai tanah secara ansuran mematuhi perjanjian yang dibuat sekiranya permohonan diluluskan;
6. Memastikan kesemua pemilik tanah menerima bil cukai tanah mereka dengan cara menghantarnya semula (sekiranya data pos tidak berjaya menghantarnya);
7. Melalui penghantaran notis, A. R Register (bagi pemilik yang tidak mahu menerima bil) dan sebagainya.

PENGUATKUASAAN
OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH
1. Mengurus dan mentadbir sistem pengurusan tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, Kaedah Tanah Selangor dan lain-lain undang-undang yang berkaitan secara berkesan;
2. Memastikan penyelarasan yang maksimum dan tindakan antara Jabatan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun;
3. Meningkatkan kutipan hasil cukai;
4. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan.
UNIT PENGUATKUASAAN
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Menyiasat dan Menyediakan laporan yang diperlukan dan mengambil tindakan berkaitan dengan Pencerobohan Tanah Kerajaan (Sek.425 KTN) dan pengeluaran Permit Bahan Batuan (Sek.426 KTN);
2. Menyediakan bancian setinggan, Rumah Ibadat Bukan Islam dan Kilang Tanpa Kebenaran Yang Sah.

PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
MAJLIS KERAIAN
ASET DAN STOR
SUMBER MANUSIA
TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
OBJEKTIF
Memberi khidmat sokongan yang padu dalam merealisasikan visi Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor dalam bidang Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Kewangan, Perkhidmatan Personel, Keselamatan, Protokol dan Teknologi Maklumat.
FUNGSI UNIT
1. PELAKSANAAN KERAJAAN ELEKTRONIK
- MEMANTAU DAN MENGEMASKINI PORTAL RASMI JABATAN
2. PEMANTAUAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM-SISTEM SEDIA ADA
3. MENGURUSKAN PERMOHONAN EMEL SELANGOR
4. MENGURUSKAN MEJA BANTUAN (HELP DESK)
- ADUAN KEROSAKKAN
- PINJAMAN PERALATAN ICT
- PERMOHONAN PERALATAN / PENGOPERASIAN ICT
5.PEMYELENGGARAAN KEMUDAHAN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN DI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA LANGAT
6.MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR ICT (PERKAKASAN, PERISIAN DAN SISTEM KESELAMATAN)
7. MEMBUDAYAKAN ICT DAN MENINGKATKAN KESEDARAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN WARGA KERJA JABATAN
8. MENGURUSKAN HARTA MODAL / INVENTORI ICT
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OBJEKTIF
Bertanggungjawab merancang serta menyelaras projek-projek pembangunan, terutamanya pembangunan luar bandar bagi tujuan meninggikan taraf hidup rakyat selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Pembangunan Negeri untuk menjadi negeri maju.
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memastikan kelancaran Pentadbiran Organisasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru, Ketua Komuniti India (KKI) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) Daerah Kuala Langat Negeri Selangor.
2. Penyediaan Profil Kampung oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) Daerah Kuala Langat dan dipantau oleh Bahagian Pembangunan.
3. Menerima/Menguruskan– permohonan berkaitan Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor (Blueprint), Program Bantuan Rumah Kerajaan Perihatin, Program Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) dan Program Peralatan Usahawan India Selangor (iSEED) di Daerah Kuala Langat untuk diluluskan diperingkat Kerajaan Negeri / Persekutuan.
4. Menjalankan /menyelaras program-program/ aktiviti-aktiviti dibawah standco dan Program Ad-hoc.
-SEDANG DIKEMASKINI-
PEMBANGUNAN FIZIKAL
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OBJEKTIF
Bertanggungjawab merancang serta menyelaras projek-projek pembangunan, terutamanya pembangunan luar bandar bagi tujuan meninggikan taraf hidup rakyat selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Pembangunan Negeri untuk menjadi negeri maju.
UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor di Daerah Kuala Langat.
2. Memastikan pembangunan sedia ada di Daerah Kuala Langat sentiasa dipantau secara berterusan.
3. Memastikan projek – projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah mencapai tahap kualiti yang tinggi
-SEDANG DIKEMASKINI-









