DASAR Kualiti
Bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, pihak PDTHS telah membentuk dasar kualiti seperti berikut:
"Pentadbiran PDTHS komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan berusaha mempertingkatkan kualiti Pengurusan Pentadbiran Daerah, Pembangunan Masyarakat dan Tanah Hulu Selangor secara menyeluruh serta mematuhi keperluan-keperluan dan penambahbaikan sistem Pengurusan Kualiti yang berterusan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan".
Pengurusan Tertinggi Memastikan
Dasar Kualiti:
Memenuhi keperluan Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor
Memenuhi peraturan dan penambahbaikan yang berterusan kepada keberkesanan sistem kualiti
Difahami oleh wargakerja
Dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaiannya
Skop Sistem Pengurusan Kualiti
Skop Sistem Pengurusan Kualiti PDTHS untuk pendaftaran dan pensijilan MS ISO 9001:2015 ialah:
- Merangkumi semua Proses kerja di bawah Pengurusan Tanah iaitu Urusan berkaitan Pelupusan Tanah, Pembangunan Tanah, Hasil, Pendaftaran, Penguatkuasaan dan Teknikal
- Urusan di bawah Pembangunan Fizikal dan Masyarakat
- Pengurusan Perkhidmatan Sokongan Yang Merangkumi Urusan Pembayaran Kewangan, Perolehan Secara Sebut harga Bagi Bekalan dan Perkhidmatan, Latihan, Aduan Pelanggan, Penyelenggaraan (Bangunan,Kenderaan,ICT) Dan Kawalan Khidmat Luar (Kawalan Keselamatan dan Kebersihan)
Dokumen & Manual
Manual Sistem Pengurusan Kualiti
MS ISO 9001:2015 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Pindaan 03
Pelan Tindakan Objektif Kualiti
Dokumen pelan tindakan mengikut bidang
Pengurusan Risiko
Pelan dan Senarai Daftar Risiko PDTHS
Pencapaian Objektif Kualiti











