- SOALAN LAZIM-URUSAN PENDAFTARAN
- SOALAN LAZIM-URUSAN PELUPUSAN
- SOALAN LAZIM-PEMBANGUNAN TANAH
- SOALAN LAZIM-UNIT HASIL
- SOALAN LAZIM-UNIT PENGUATKUASAAN
Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat berkaitan urusan Unit Pendaftaran,PDT Hulu Selangor
Soalan-Soalan Lazim
Jawapan untuk soalan umum mengenai urusan tanah dan hakmilik
| BIL | SOALAN & JAWAPAN |
|---|---|
| 1 | Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian? Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30 dan kandungan maklumat urusan di dalam carian persendirian tidak terperinci. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. |
| 2 | Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah? 24 jam dari tarikh perserahan (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). |
| 3 | Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim? HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar, dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri dan didaftarkan di PTG, Shah Alam. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah dan didaftarkan oleh Pejabat Tanah Daerah. |
| 4 | Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik? 18 tahun ke atas |
| 5 | Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik? Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik. |
| 6 | Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu? Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. |
| 7 | Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut? Perhatian: Denda akan dikenakan jika lambat mengambil dokumen Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan. |
| 8 | Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu? Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. |
| 9 | Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang pindahmilik Tanah)? Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan dan menggunakan pen dakwat basah warna hitam, disamping cara-cara pengisian tertentu. Setiap pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual Kanun Tanah Negara hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang yang berkaitan itu sendiri. Bagi kes-kes yang melibatkan syarikat atau perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang syarikat atau perbadanan yang berkaitan untuk berbuat demikian. Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam jadual kelima Kanun Tanah Negara dan bagi kes syarikat dan perbadanan adalah tertakluk kepada yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing. |
Unit Hasil, PDTHS
Maklumat lengkap mengenai Cukai Tanah, Cukai Petak, dan urusan pembayaran di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor. Semua informasi dikemas kini dan disusun untuk kemudahan rujukan anda.
Waktu Operasi Kaunter
Cara Bayaran Cukai Tanah & Cukai Petak
Pelbagai kaedah pembayaran disediakan untuk kemudahan anda. Pilih kaedah yang paling sesuai:
| Kaedah Bayaran | Butiran |
|---|---|
| Kaunter Hasil | • Tunai • Kad kredit/kad debit • Deraf Bank • Kiriman Wang atau Money Order * Maksimum 20 bil dalam satu transaksi |
| Portal eTanah | etanah.selangor.gov.my/etanah-awam |
| Perbankan Internet | • CIMB Clicks • Maybank2u |
| Aplikasi Mudah Alih | Citizen e-Payment (CEPat) |
| Pejabat POS Malaysia | Tunai Sahaja (dengan bil hasil terkini) |
Pengiraan Denda Lewat Bayar
Kadar denda yang dikenakan berdasarkan jumlah tunggakan:
| Jumlah Tunggakan | Denda Lewat |
|---|---|
| RM10.00 dan kurang | RM 1.00 |
| RM10.01 – RM50.00 | RM 2.00 |
| RM50.01 – RM100.00 | RM 5.00 |
| Lebih daripada RM100.00 | 7% daripada jumlah perlu bayar |
Definisi & Penjelasan
Apa Itu Cukai Tanah?
Merujuk kepada cukai sewa yang ditafsirkan di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, meliputi:
- Jumlah wang tahunan yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa
- Bayaran tahunan lain yang perlu dipungut seperti cukai sewa
- Tunggakan cukai sewa yang terhutang
Rujuk Seksyen 5, Kanun Tanah Negara 1965
Apa Itu Cukai Petak?
Cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata (unit atau petak berasingan dalam bangunan bertingkat) yang dibina atas tanah yang sama. Ia menggantikan cukai tanah sedia ada, bukannya cukai tambahan.
Bila Cukai Petak dilaksanakan?
Adakah perlu bayar Cukai Petak jika Cukai Tanah 2018 telah dibayar?
Tanggungjawab & Keperluan
Siapa yang perlu menjelaskan cukai?
Menurut Seksyen 95 KTN: Setiap Pemilik Tanah Berdaftar atau wakilnya bertanggungjawab menjelaskan cukai tanah.
Bila waktu pembayaran cukai?
Mengapa perlu bayar cukai tanah?
Setiap pemilik tanah berdaftar bertanggungjawab membayar cukai kepada Pihak Berkuasa Negeri. Kewajipan ini tidak bergantung kepada penerimaan bil hasil tanah.
Bagaimana jika tidak menerima bil?
Menurut Seksyen 93 KTN, pemilik tanah tetap bertanggungjawab menyelesaikan cukai walaupun tidak menerima bil.
Cara dapatkan bil:
- Di kaunter Pejabat Tanah dengan salinan hakmilik
- Melalui portal eTanah (etanah.selangor.gov.my/etanah-awam)
Maklumat Tambahan Penting
Siapa bayar Cukai Petak?
Belum ada hakmilik strata: Cukai Tanah (Master Title) dikutip oleh JMB/MC
Sudah ada hakmilik strata: Cukai Petak dibayar oleh setiap pemilik petak
* Sila rujuk JMB/MC untuk maklumat lanjut
Apa implikasi gagal bayar cukai?
Unit Hasil
Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor
Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
03-6064 1331
ptdhuluselangor@selangor.gov.my
www.selangor.gov.my
Peringatan Penting:
Pembayaran dengan CEK tidak diterima mulai 1 Januari 2017
Wang Pos digantikan dengan Kiriman Wang/Money Order mulai 1 Oktober 2023
Soalan Lazim - Penguatkuasaan
Maklumat berkaitan penguatkuasaan tanah, kesalahan tanah kerajaan dan kompaun di Daerah Hulu Selangor
Soalan-Soalan Lazim Penguatkuasaan
Jawapan untuk soalan umum mengenai penguatkuasaan tanah dan kesalahan berkaitan tanah kerajaan
Menurut seksyen 5 KTN, tanah kerajaan adalah semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana – mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari –
- Tanah beri milik
- Tanah rizab
- Tanah lombong
- Mana – mana tanah yang, di bawah peruntukan – peruntukan mana – mana undang – undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta), buat masa itu adalah hutan simpanan.
Tidak Boleh dan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 jika seseorang menduduki @ mengusahakan tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
Tiada pampasan yang berhak diterima kerana pampasan hanya akan diberikan kepada pemilik berdaftar tanah sahaja di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Mana-mana orang boleh dengan syarat mendapat kelulusan permit Borang 4C iaitu Permit Untuk Memindah Bahan Batuan.
Selain daripada itu, syarat kelulusan borang 4C adalah:
- Tanah persendirian tersebut mestilah bersaiz minima 20 ekar
- Meliputi satu (1) lot tanah atau gabungan lot-lot yang bersempadanan
- Permohonan adalah mesti melalui Pejabat Tanah Daerah (PTD)
Mana-mana orang boleh dengan syarat mendapat kelulusan permit Borang 4C iaitu Permit Untuk Memindah Bahan Batuan.
Syarat kelulusan borang 4C bagi pengeluaran bahan batuan berbentuk tanah merah untuk tanah persendirian:
- Tanah melebihi 50 ekar: Dihantar kepada Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman Bahan Batuan dan Mineral Negeri Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
- Tanah kurang daripada 50 ekar: Bidang kuasa kelulusan pada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sahaja
Syarat-syarat yang lebih terperinci boleh diperolehi melalui Pekeliling PTGS Bilangan 2/2016.
Menurut Seksyen 426, amaun denda bagi kesalahan bersubahat dalam melakukan pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah:
atau lima (5) tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.
Menurut Seksyen 429B, Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah boleh mengkompaun individu/pihak yang melakukan mana-mana kesalahan dengan kadar:
dalam suatu masa yang boleh dinyatakan dalam tawaran.
- Tuan empunya tanah hendaklah mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah kerosakan, kemusnahan atau pengalihan tak sah tanda sempadan tersebut;
- Tuan empunya tanah hendaklah memberikan notis dengan serta-merta sekiranya terdapat pengalihan apa-apa barang di atas tanah hakmiliknya kepada Pentadbir Tanah atau kepada penghulu yang mempunyai bidang kuasa dalam kawasan tanah tersebut berada;
- Tuan empunya tanah hendaklah membayar kos pembaikan atau kos penggantian sebarang pengalihan tersebut jika dikehendaki oleh Pentadbir Tanah;
- Tuan empunya tanah hendaklah menggunakan perbelanjaan sendiri untuk membersihkan tanah hakmiliknya semula jika dikehendaki oleh Pentadbir Tanah.









