Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Budak 10 tahun dihanyut arus ditemukan lemas 300 meter dari lokasi jatuh

 

image
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan tidak jauh dari lokasi jatuh.

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI]  Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas dihanyut arus deras dalam kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek sebelum ini akhirnya terungkai selepas mayat mangsa ditemukan pada Khamis.

Mangsa, Muhamad Aakif Imran Asrul Nizam, 10, ditemukan pasukan penyelamat pada jam 4.36 petang di dasar sungai berkenaan.

Ketua Zon Rawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Mustakim Rimon berkata, mangsa ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.Menurutnya, operasi pencarian memasuki hari kedua melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan beberapa agensi lain.

"Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman di kawasan sungai yang mempunyai kedalaman kira-kira enam meter sebelum menemukan mangsa di dasar sungai.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi pencarian dilakukan di permukaan sungai dalam radius 300 meter dari lokasi kejadian.

SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE, 28 MEI 2026

Diterbitkan pada Mei 28, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung