Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Lelaki lemas ketika memancing

Sumber : Sinar Harian Online ||MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI||7 Jun 2026

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki dipercayai lemas ketika memancing di sebuah tasik di belakang Klinik Kesihatan Serendah di sini pada Ahad.

Ketua Zon Rawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II Mustakim Rimon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari. Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, komander operasi dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai lemas ketika memancing di tasik berkenaan."Mangsa kemudiannya berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia."Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan empat anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 2.16 petang.
 

Diterbitkan pada Jun 7, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung