

HULU SELANGOR: Seorang pejalan kaki maut selepas tercampak dirempuh kereta di Jalan Bukit Manchung, Bukit Beruntung, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata kemalangan berlaku jam 8 pagi semasa kereta dipandu wanita berusia 33 tahun dari Prima Bukit Beruntung menghala Kuala Lumpur, sebelum terlanggar pejalan kaki.
"Impak pelanggaran mengakibatkan mangsa, wanita berusia 54 tahun tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.