Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

#KITASELANGOR KTK SIFAR: TEMPOH PROGRAM DILANJUTKAN HINGGA DISEMBER 2027

PELANJUTAN TEMPOH PROGRAM PEMATUHAN SYARAT DAN PENGUATKUASAAN KILANG TANPA KEBENARAN (PSPKTK) HINGGA DISEMBER 2027

Dimaklumkan bahawa tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PSPKTK) telah dilanjutkan bagi tempoh Januari 2025 hingga Disember 2027.

Program ini memberi peluang kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang tanpa kebenaran untuk mematuhi syarat penggunaan tanah serta mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Pelaksanaannya turut menyokong pembangunan industri yang lebih teratur dan menjamin kesinambungan operasi kilang melalui pematuhan syarat yang ditetapkan.

Antara insentif yang ditawarkan melalui program ini ialah:

  1. Potongan 30% premium tukar syarat;
  2. Potongan 30% caj pemajuan;
  3. Potongan 30% Improvement Service Fund (ISF);
  4. Permit khas sehingga tiga tahun bagi Kategori B (luar zon industri);
  5. Peluang mendapatkan lesen perniagaan sementara; dan
  6. Pengecualian premium khas tanah.

Program ini menyasarkan pemilik tanah yang mempunyai kilang tanpa kebenaran serta pengusaha kilang yang telah beroperasi sebelum 28 Ogos 2019, khususnya kilang yang masih belum mendapat kelulusan atau memenuhi syarat penggunaan tanah.

Pemilik tanah dan pengusaha kilang di daerah Hulu Selangor yang berkaitan digalakkan menyemak kelayakan, menyediakan dokumen yang diperlukan dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan untuk semakan serta tindakan lanjut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR pada poster hebahan atau menghubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor atau Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan.

Manfaatkan tempoh pelanjutan ini untuk melengkapkan urusan pematuhan dan kelulusan yang diperlukan bagi operasi kilang.
 

image
Diterbitkan pada September 4, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung