Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

CUBA ELAK PEJALAN KAKI, PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIGILIS LORI

SUMBER : SINAR HARIAN

image

Pihak polis menerima makluman berhubung kemalangan maut itu kira-kira jam 7.30 malam melalui Kaunter Aduan Trafik. Foto hiasan


HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai cuba mengelak individu melintas jalan sebelum terjatuh serta digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Batang Kali-Ulu Yam di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa lelaki berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori dari sebelah kanan.

"Pada masa sama, terdapat seorang pejalan kaki sedang melintas jalan raya.

"Penunggang motosikal dipercayai cuba mengelak pejalan kaki berkenaan sebelum hilang kawalan dan motosikal yang ditunggangnya terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Manimaran berkata, mangsa kemudian digilis lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

"Pemandu lori berkenaan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghantar barangan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan maut itu kira-kira jam 7.30 malam melalui Kaunter Aduan Trafik.Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam pada itu, Manimaran meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Salleh Abd Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Diterbitkan pada September 14, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung