Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

4 rumah musnah terbakar di Kuala Kubu Bharu

Keadaan empat rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor malam tadi. - Foto ihsan Bomba

SHAH ALAM: Empat rumah teres satu tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 malam.

Beliau berkata, sepasukan 33 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim, Rawang, Bukit Sentosa serta Akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati anggaran peratusan kebakaran tiga rumah sebanyak 95 peratus dan sebuah rumah (30 peratus).

"Kebakaran dikawal jam 10.25 malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa dan punca masih dalam siasatan.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.28 pagi tadi," katanya.

Diterbitkan pada Januari 21, 2026