Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Kanak-kanak dicabul, dipukul ketika pergi pasar malam

image

SHAH ALAM: Tiga beradik berdepan detik cemas selepas seorang daripada mereka dipukul dan dicabul oleh seorang lelaki ketika berjalan ke pasar malam di Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8 malam membabitkan seorang kanak-kanak perempuan.

"Insiden berlaku ketika mangsa bersama kakak dan abangnya melalui Jalan Bakawali untuk ke pasar malam.

"Tiba-tiba mereka didatangi suspek yang tidak dikenali menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya.

"Suspek bertindak memukul mangsa menyebabkan kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibrahim berkata, hasil siasatan awal, polis bertindak menahan suspek berusia 23 tahun yang juga seorang penganggur di rumahnya di Bukit Sentosa.

"Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau namun ujian air kencingnya positif dadah.

"Permohonan reman terhadapnya sudah dilakukan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


 

Diterbitkan pada Februari 3, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung