Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Suspek pukul, cabul budak pergi pasar malam disambung reman hingga Khamis

image

 

SHAH ALAM: Tempoh reman penganggur yang ditahan berhubung kes pukul dan cabul seorang kanak-kanak perempuan di Bukit Sentosa di Hulu Selangor pada Khamis lalu disambung tiga hari lagi.

"Reman disambung pagi tadi dan dibenarkan selama tiga hari sehingga Khamis ini," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, melalui WhatsApp.

Terdahulu, media melaporkan tiga beradik berdepan detik cemas selepas seorang daripada mereka dipukul dan dicabul seorang lelaki ketika berjalan ke pasar malam.

Suspek berusia 23 tahun dikatakan mendatangi tiga beradik terbabit lalu menarik mangsa ke dalam rumah, sebelum memukulnya sehingga cedera.

Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau, namun ujian air kencingnya positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Diterbitkan pada Februari 3, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung