Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Gangguan lalat: Ladang ayam di Batang Kali diarah tutup

 

 

Sebuah ladang ternakan ayam di Batang Kali diarahkan tutup berikutan pengurusan tinja ayam tidak sempurna di ladang berkenaan.
Sebuah ladang ternakan ayam di Batang Kali diarahkan tutup berikutan pengurusan tinja ayam tidak sempurna di ladang berkenaan.
 

HULU SELANGOR – Sebuah ladang ternakan ayam di Batang Kali di sini diarahkan tutup selama 14 hari susulan aduan gangguan lalat yang menjejaskan penduduk setempat.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil oleh Unit Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) di bawah Undang-Undang Kecil 43, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian.Menurutnya, penutupan bermula 8 hingga 21 April itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan penduduk mengenai kacau ganggu lalat dipercayai berpunca daripada pengurusan tinja ayam yang tidak sempurna di ladang berkenaan.
"Sepanjang tempoh penutupan, syarikat tidak dibenarkan memasukkan ayam baru ke dalam reban sehingga keadaan tapak dinilai memuaskan oleh pihak jabatan.
"Pihak syarikat juga diminta menyediakan pelan kawalan lalat serta pengurusan tinja ayam untuk dikemukakan bagi tujuan penilaian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MPHS turut memaklumkan, pemantauan berkala akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan selain menjaga kebersihan dan kesejahteraan persekitaran.
alam masa sama, kenyataan itu memberitahu, syarikat berkenaan dicadangkan mempertimbangkan lokasi baharu bagi operasi reban ayam sebagai langkah jangka panjang.

"MPHS komited memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan secara bertanggungjawab, mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk," jelas kenyataan berkenaan.

Diterbitkan pada April 13, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung