Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

197 mesin bitcoin bernilai RM788,000 dilupuskan - MPHS

 

Pelupusan  197 mesin perlombongan bitcoin bernilai kira-kira RM788,000 yang dirampas di sekitar daerah itu semalam. - Foto MPHS

Pelupusan 197 mesin perlombongan bitcoin bernilai kira-kira RM788,000 yang dirampas di sekitar daerah itu semalam. - Foto MPHS

 

SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melupuskan 197 mesin perlombongan bitcoin bernilai kira-kira RM788,000 yang dirampas di sekitar daerah itu semalam.

MPHS melalui kenyataan berkata pelupusan dilaksanakan dengan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membabitkan hasil rampasan sepanjang tahun lalu.

"Proses dijalankan secara simbolik menggunakan jentera penggelek di bawah peruntukan Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Tindakan ini mencerminkan ketegasan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti perlombongan bitcoin haram, khususnya membabitkan kecurian bekalan elektrik.

Ia juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan undang-undang dipatuhi di kawasan pentadbiran MPHS," katanya melalui kenyataan.

Diterbitkan pada April 29, 2026
AI Chatbot Selangor
Tanjung